Sesungguhnya setiap kalimah Al-Quran mempunyai gelombangnya yang tersendiri, ini kerana sesuai dengan kehendak PENUTURNYA yang menginginkan makhluknya yang bernama manusia mencapai matlamat dunia iaitu kejayaan kehidupan ini, dan matlamat akhirat iaitu kejayaan meraih syurga-NYA. Dengan itu, bacaan Al-Quran bertajwid mempunyai aura dan gelombang yang akan melindungi manusia daripada segala kejahatan dunia dan mengecas kembali bateri keimanan yang akan mendekatkan manusia kepada Allah dan seterusnya mecapai redhaNya. Inilah kejayaan hakiki dan sebenar-benarnya.
Terkadang manusia ditimpa musibah dan ujian daripada Allah. Dengan hasutan jin dan syaitan (sihir)..... mereka tidak sedar bahawa kekuatan itu adalah Al-Quran itu sendiri.Dengan kata lain, Al-Quran adalah kekuatan manusia, senjata orang mukmin, ubat dan penawar yang paling mujarab bagi penyakit hati.

No comments:
Post a Comment